4 FAKTOR UTAMA KENAPA USAHAWAN KE LAUT

Dalam perniagaan ada susah dan senang, ada turun dan naik. Kisah kejayaan tidak banyak kita dengar, kisah kegagalan selalu kita lihat. Apakah sebabnya kegagalan sesuatu perniagaan?

Berikut adalah antara 4 sebab utama…

—————————————————–

1. Tiada matlamat untuk berkembang

—————————————————–

Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, pastinya perlukan matlamat. Matlamat jangka masa panjang, tak lupa matlamat jangka masa pendek.

Perniagaan yang tidak mempunyai matlamat akan tetap di tempat yang sama melakukan perkara yang sama tanpa sebarang momentum untuk kehadapan dan berkembang. Apabila tidak berubah dan di tempat yang sama sahaja, pastinya pesaing-pesaing yang mempunyai matlamat akan lebih berjaya dalam mendapat pasaran yang lebih besar.

Maka, perniagaan tanpa matlamat akan sering ketinggalan pesaing!

—————————————————–

2. Takut untuk bersaing

—————————————————–

Tidak kira apa sahaja bidang perniagaan yang dijalankan, persaingan adalah pasti. Mungkin pada awalnya tiada pesaing, lambat laun pastinya ada jua.

Pesaingan boleh diambil secara positif atau negatif.

Secara positifnya, melihat pesaingan sebagai cabaran dan memberi motivasi kepada kita untuk lebih berusaha dan melakukan pemasaran yang lebih hebat lagi dari pesaing.Secara negatif pula, melihat pesaing dan takut dengan pesaing.

Apabila kita takut bersaing, kita kurang berusaha dan kurang inovatif dalam menjalankan perniagaan. Kita biarkan pesaing-pesaing kita kehadapan dan hanya sekadar tunggu dan lihat.

Tunggu dan lihat apa? Tunggu dan lihat pesaing yang mencapai kejayaan!

—————————————————–

3. Tidak inovatif

—————————————————–

Perniagaan yang tidak inovatif pastinya akan ketinggalan ke belakang. Inovatif bermaksud bijak dalam melakukan sesuatu yang baru atau mengubahkan sesuatu dengan pendekatan yang baru.

Inovasi boleh dilakukan kepada proses kerja untuk lebih efisyen, pada produk untuk jadikan produk lebih baik, pada pemasaran untuk jadikan lebih efektif dan sebagainya.

Melakukan perkara yang sama sahaja dan tidak inovatif pada zaman ini akan ditinggalkan oleh pesaing yang lebih berinovasi. Pesaing kini tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Sebagai contoh, lihat keliling kita sahaja sudah beratus jenis produk kesihatan yang ada.

Daripada beratus itu, bagaimana hendak dapatkan tumpuan pelanggan sekiranya tidak berinovasi?

—————————————————–

4. Tidak melakukan pemasaran

—————————————————–

Pemasaran adalah nadi perniagaan. Tanpa pemasaran tiada siapa akan tahu tentang perniagaan kita. Pemasaran perlu dilakukan setiap hari secara efektif. Boleh dikatakan sebab utama kegagalan perniagaan adalah kerana tiada ilmu pemasaran, atau ilmu pemasaran yang terhad.

Sebagai contoh, usahawan hanya tahu satu cara pemasaran sahaja dan bergantung kepada satu cara itu tanpa menghiraukan kaedah pemasaran lain- contoh hanya menggunakan Facebook untuk pemasaran. Masalahnya adalah, sekiranya hanya fokus kepada satu cara, bagaimana pula jika pesaing menggunakan pelbagai pemasaran seperti Facebook + Blog + Email + Google dan sebagainya? Bagaimana pula sekiranya reach Facebook semakin kurang dan harga pengiklanan Facebook menjadi semakin mahal? Pastinya akan mengalami kesukaran promosi.

Jawapannya, perniagaan akan ketinggalan lagi dan lama kelamaan pastinya akan gagal!

Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Sekiranya mudah pastinya banyak perniagaan yang berjaya hari ini. Namun kini, lebih banyak yang gagal dari berjaya. Tambahan, tidak seperti dulu, mungkin 10-20 tahun lepas, pesaingan tidak ramai. Ini memudahkan lagi jalan sesuatu perniagaan. Tetapi kini, pesaingan yang begitu banyak disekeliling membuatkan usahawan perlu menambahkan lagi ilmu perniagaan supaya kegagalan tidak menjadi pilihan!

#ProjectCEO #Geng5Angka #Infiniti7

#GenuinePlatform

SELAMAT BERBUKA

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر ، والإمام العادل ، ودعوة المظلوم

Ertinya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu; orang yang berpuasa ketika berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi”

#SelamatBerbuka #Geng5Angka #ProjectCEO

TARGET

Kita sanggup bertungkus lumus untuk mencapai target yang boss tetapkan..tetapi kita tidak mampu untuk bertungkus lumus untuk mencapai target diri sendiri..

Dalam#projectCEO ..

anda adalah Boss..

anda sendri yg tetapkan income anda

#projectCEO #geng5angka #infiniti7

BILA IMPIAN MENJADI NYATA

BILA IMPIAN MENJADI NYATA

http://www.POKETDUIT.com

Dengan Project CEO,

Company Legal, Patuh Syariah, Proven Track Record. Pastu Boleh Withdraw Ke Bank, Statement Boleh Digunapakai Utk Beli Kereta Beli Rumah DLL.

Ya Allah, Terima Kasih Bukakan Jalan Ini Bagi Kami Semua Di Project CEO.

Dulu Harapan Utk Membeli Rumah Idaman Sendiri Adalah Seperti Mustahil. Kini, Segalanya Mampu Dimiliki, Berkat Tunjuk Ajar Dan Didikan Daripada Mentor2 Yg Ikhlas Membantu. Tunggu Sikit Lagi, Kita Akan Jemput Kenduri Doa Selamat Ye. 🧡

PROJECT CEO TETAP DIHATI

Live • Life • Learning • Earning • Together

#ProjectCEO #Geng5Angka #Infiniti7