MACAM MANA LELAKI INI BERHENTI MEROKOK & BERJAYA TAHAN GODAAN?

Ramai orang nak berhenti merokok.

Tapi…

Tak berjaya.

Adakah sebab nak berhenti merokok ni susah?

Ye, tak dinafikan. Tak senang nak berhenti merokok. Yelah, tabiat tu dah bertahun. Ada orang yang lebih 20-30 tahun merokok. Takkan senang-senang boleh buang macam tu je kan?

Tak jugak susah sangat.

Kalau kena caranya, lebih mudah dari yang kita sangka!

 

KENAPA KENA BERHENTI MEROKOK?

Bla bla bla bla bla.

Tak payah ulang la kan. Semua orang tau. Kang cerita panjang jadi macam poster Kementerian Kesihatan pulak. 🤣🤣🤣

Orang yang merokok tegar pun tahu kenapa kena berhenti.

 

CARA BERHENTI MEROKOK TANPA UBAT, TANPA MOTIVASI & TANPA LANGKAH PANJANG BERJELA

Kisah ini kami terima dalam kotak emel kami daripada Tuan Hassan, seorang peserta Program ‘Kuasai Tabiat Capai Matlamat.’

 

DULU: PEROKOK TEGAR…

Sebelum ni saya seorang perokok tegar.

Masa zaman rokok murah selamba je saya hisap rokok Dunhill merah 2 kotak bersamaan dengan 40 batang setiap hari.

Lama kelamaan harga rokok semakin mahal. Tapi sebagai perokok tegar itu bukanlah penghalang untuk saya terus merokok.

Apalah sangat harga rokok yang mahal tu berbanding dengan rasa kepuasan yang dinikmati hasil dari merokok jenama Dunhill merah tu…

Perghhh best kot (tak paham takpe, anda bukan perokok tegar).

CARA SAYA BERHENTI MEROKOK

Cue – Lepas makan
Routine – Saya masukkan RM1 dalam tabung
Reward – Saya dapat menabung, rasa lebih sihat tak hisap rokok, rumah saya dah takde bau rokok (ini yang paling best)

Tapi..

Apabila masuk hari kedua dan ketiga memang rasa susah sangat-sangat nak berhenti merokok. Mana taknya perokok tegar kot.

 

BOLEH BERHENTI MEROKOK TAK PAYAH MOTIVASI & SEMANGAT?

Macam mana cara saya buat supaya maintain berhenti merokok tanpa perlu motivasi dan semangat atau ambil ubat?

Caranya…

Ialah dengan mendenda diri saya.

Setiap kali saya fikir pasal rokok je saya kena denda RM1 kena masuk dalam tabung.

Ada hari tu sampai 6 kali saya terpikir pasal rokok, kenalah masukkan RM6 dalam tabung.

Sampai ke hari ini saya langsung tak hisap rokok dan pada saya dah kira berjaya berhenti merokok.

 

SENANGNYA BUANG TABIAT BURUK

Rupanya senang je nak buang tabiat buruk ni asalkan paham caranya.

Semuanya bermula dari Minda dan Keinginan diri untuk berubah, walau sesulit mana keadaan diri kita.

Minda adalah Emas. Guna tak guna, ianya tetap berharga. Jadi dengan cara mensyukuri nikmat yang diberikan, kita gunakanlah minda kita sebaiknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close