SEPASANG KASUT GUCCI

Alhamdulillah, Sekali Nafas je orang kata, persediaan nak ke Bali minggu depan.

Btw, Bukan kasut yg nak diceritakan, mesej disini adalah jika kita nekad mahukan sesuatu dan sentiasa mencari jalan ke arahnya, inshaAllah Allah akan bukakan jalan. Yang penting kita betul-betul NAK!….

Macam orang bercinta, kalau nak couple mesti hari-hari telefon, hari-hari nak jumpa, hari-hari nak tengok gambar. Begitulah juga dalam kejayaan dan impian untuk berjaya. Perlu dilamar dijemput dan dihamparkan seluas usaha dan istiqamah. Barulah jalan kearahnya terbuka.

Sebelum ni saya asyik tengok kasut ni di butik, tengok di youtube, dan paling best, tengok orang lain pakai. Dalam hati terdetik, sampai bila nak tgk org je pakai kenapa aku tak layak pakai. Dari situ bermulalah hari ke hari saya berazam, akan kulamar juga sepasang dua… Bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri sebagai kayu pengukur perjalan hidup dan perniagaan saya bersama project ceo ini sahaja.

Kalau dulu, hanya ke kedai biasa untuk sepasang kasut yang biasa. Tapi hari ini, saya buktikan pada diri sendiri yang saya juga layak memakai serta memilikinya. Baru saya sedar, yang selama ini saya yang tidak membenarkan diri saya berjaya, saya yang beranggapan saya tidak layak, saya yang mengatakan saya cuma mampu kasut biasa-biasa sahaja, bukan orang lain.

Allah mengikut sangkaan hambaNya. Justeru itu, kita sama-samalah jaga hati dan jaga minda.

Fikir, Attract, Jemput, Seru dan Bayangkan apa yang kita nak sahaja…

Tak percaya? Cuba dulu baru tahu. ☺️🔥

#projectceo2.0 #bangsabisnes7 #Infinity7 #rewardyourself

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close