NIAT BAIK BUAT BAIK

Satu pintu tutup, boleh jadi asbab untuk buka 10 pintu lain.

Bak kata Richard Branson:

Peluang ni macam bas, terlepas satu, ada lagi lepas ni.

Boleh jadi juga, itu bas terakhir untuk harini. Terlepas yang tu, lama lagi kena tunggu. Pasti datang.

Jangan tunggu saja-saja.

Siapkan diri. Tambah kemahiran. Tingkatkan ilmu.

Buka mata. Luangkan masa jumpa orang. Biasakan buat benda luar kebiasaan.

Supaya nampak lebih banyak ruang.

Supaya terdedah kepada lebih banyak peluang.

Supaya apabila peluang datang, diri sendiri berada dalam keadaan elok bersedia & boleh ambil manfaat secukupnya.

Selama mana bernafas dan masih hidup, selagi itu peluang untuk ke depan sentiasa terbuka.

Buat baik sentiasa.

Bantu manusia yang memerlukan.

Bantu tanpa niat tersembunyi.

Bantu manusia, walaupun yang tak mampu balas bantuan kita. TERUTAMANYA yang tak mampu balas bantuan kita. Supaya dia semakin maju dan mampu pula panjangkan bantuan kepada orang lain.

Jadikan dunia tempat yang lebih indah untuk diduduki manusia.

Jauhkan dengki mendengki. Doakan yang terbaik untuk semua. Setiap manusia ada ruang sendiri.

Doakan kemajuan kebahagian kejayaan kawan-kawan dan juga ‘musuh’ kita. TERUTAMANYA ‘musuh’ kita. Supaya dia leka dengan kejayaan sendiri, tiada masa lagi untuk bermusuh dengan kita.

Fokus pada kemajuan diri. Tiada masa untuk fikirkan pasal orang lain. Jaga diri sendiri dan orang sekeliling.

Siram dan baja rumput di laman sendiri. Jangan abaikan yang terdekat rumput sendiri layu mati, semata-mata gatal mata sakit hati melihat rumput jiran.

Fokus pada landasan sendiri. Jaga prestasi. Susah untuk berenang dalam laluan sendiri apabila terlalu melihat pesaing di landasan sebelah.

Jaga diri. Jaga hati. Bertenang diri.

Jangan terlalu sugul dengan kesedihan. Jangan terlalu berapi dengan kemarahan. Jangan terlalu girang dengan kegembiraan melonjak-lonjak.

Bersederhana dalam emosi.

Jangan pandang terlalu tinggi manusia yang berjaya kaya hebat. Mereka juga manusia. Mungkin sebenarnya perit menanggung berseorang.

Jangan pandang rendah manusia yang kita rasa ketinggalan. Mereka juga manusia. Mungkin sebenarnya lebih mulia dalam diam.

Belajar dari semalam. Setiap peningkatan usia, semakin matang. Besarkan cawan, jangan kosongkan.

Hari ini hari baru.

Bertenang.

Bertenang.

Bertenang.

Tarik nafas. Lepas.

Tarik nafas. Lepas.

Tarik nafas. Lepas.

Baca buku.

Luaskan pengalaman.

Makin belajar, makin tak tahu.

Makin berisi, makin tunduk.

Letak hati pada bumi.

#projectceo2.0 #bangsabisnes7 #Infinity7

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close