CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

7 ciri usahawan yang bakal berjaya mengikut kajian FORBES.

Anda kenal mereka yang ada ciri ini? Ataupun anda sendiri memilik ciri-ciri ini?

1. Delay Gratification

Adakah anda mampu menahan nafsu dari menghabiskan duit untuk keseronokan short-term berbanding kepuasan long-term? Ramai usahawan yang pantang ada duit sikit, mulalah berbelanja tak ingat dunia. Orang yang berjaya biasanya mampu berkorban demi kesenangan masa depan

.

2. Conscientiousness.

Conscientiousness bermaksud orang yang teliti dan tidak akan berpuas hati selagi tidak mendapat hasil yang terbaik. Sifat ini kini dianggap antara sifat “Big 5” yang paling penting untuk berjaya oleh pakar Psikologi.

.

3. Being in an open network.

Open Network bermaksud kenalan yang datang dari background yang berbeza. Jika anda seorang ejen hartanah, jangan hadkan circle of friends anda dikalangan ejen hartanah sahaja. Buka networking anda untuk orang-orang yang berlainan bidang. Ini kerana, jika network anda adalah Closed Network, anda akan mendengar idea yang sama sahaja berbanding Open Network yang boleh memberikan perspektif dan idea-idea baru.

.

4. Childhood adversity.

Banyak usahawan yang mengharungi kesusahan sejak dari usia kecil lagi. Membantu keluarga berniaga di tepi jalan, ataupun sekadar mampu melihat kawan-kawan sekolah makan sedap-sedap kerana tidak cukup duit. Kanak-kanak ini biasanya terdedah kepada rejection, failure dari usia awal. Menyebabkan mereka lebih matured, independent dan innovatif dari kecil.

.

5. Avid reading.

Tabiat membaca ini tidak perlu lagi ditekankan kepentingannya. Untuk berjaya, anda perlu sentiasa belajar perkara baru dan mengetahui perkembangan semasa. Tapi harus diingat, pembacaan ini tidak termasuk membaca benda-benda mengarut di FB

.

6. Past small success.

Orang yang sudah mempunyai kejayaan kecil sebelum ini akan mempunyai lebih keyakinan untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. ‘Success breeds success’, sebab itu mulakan langkah anda perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah untuk terus mencapai target besar.

.

7. Grit.

Grit ini adalah sifat tidak mudah mengaku kalah. Untuk berjaya, anda perlu melalui banyak kekecewaan, kegagalan dan kesusahan. Hanya yang paling cekal dan tidak berputus asa yang mampu sampai ke hujungnya, iaitu puncak kejayaan.

#atslegacy

#projectceo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close