ISYTIHAR PERANG

Sejujurnya sis memang tidak suka cuti. Lebih-lebih lagi sis ni orang bisnes. Tapi sis tiada masalah dengan orang lain yang suka bercuti. Silakan bercuti kiki.

Cuma, untuk Team Project Ceo sis didik mereka supaya tidak menjadikan cuti itu sebagai satu tabiat. Bercuti hanya bila perlu sahaja. Bercuti hanya jika ada urusan dan untuk merehatkan badan.

Sis lihat ramai anak muda suka cuti dan habiskan masa tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah. Jadi adalah lebih baik mereka bekerja. Setidaknya mereka ada ‘income’ dan dapat elakkan dari tidur sepanjang hari.

Sebab itu, Project Ceo tetap beroperasi walaupun hari cuti. Untuk memahamkan kita ini ianya memang perlukan masa. Ini antara perkara yang aku laksanakan :

1. Ubah mindset mereka daripada bekerja kepada berniaga. Sistem gaji berlandaskan ‘UNTUNG’. Tiada limit. Lagi banyak kita buat, lagi banyak kita dapat.

2. Fahamkan mereka bahawa sebagai syarikat persendirian, pendapatan kita bergantung kepada aliran wang tunai yang masuk. Tiada aliran tunai maka tiada wang. Jika tiada wang, kita semua akan makan sawang.

3. Sis fahamkan mereka, bahawa kita tidak sama dengan penjawat awam. Mereka ada bajet tahunan di mana gaji mereka telah siap sedia ada walau apa yang berlaku.

Alhamdulillah, kini mereka faham dan semakin improve dari masa ke semasa. InsyaAllah akan lahir lebih ramai pemimpin dan usahawan daripada keluarga besar Project Ceo.

Ya kawan, kita perlu ubah mindset org melayu kita. Kita perlu fahamkan mereka tentang hukum purata. Lebih banyak kita buat, lebih banyak kita dapat.

Kita perlu tanam dalam pemikiran mereka bahawa tidak ada istilah atau keadaan di dalam dunia ini bahawa dengan usaha yang sedikit kita boleh dapat hasil yang banyak.

Sekian.

Izzah Thesecond

Misi Melahirkan 20 Orang Income 5 Angka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close