HATERS

THE SECRET NAK TUTUP MULUT HATERS.

Bagaimana nak zipppp mati mulut haters anda ?? Sakit kan hati tu bila kena perli, kena kutuk, kena ludahhhhh. SIS tunjukkan 5 cara yang anda perlu buat agar bisnes tak terganggu oleh haters.

1. BLOCK HATERS ANDA.

Jangan bagi simpati langsung pada haters anda especially yang ada jemaah atau geng troll. Kerna mereka akan berpakat jatuhkan anda dalam post FB dan komen sekali.

Kesilapan lepas, SIS lembut hati sangat. Ada tu yang dah kutuk kita berbulan-bulan, namum SIS biorkannnn jer. Perghh sekarang SIS dah insoffff. Once orang perli sindir kita, SIS terus tekan butang block sayonara bai bai.

2. PASTIKAN ANDA TUNJUKKAN RESULT

Perghhh ini wajib lah buat selalu. Sesekali memang terpaksa me-RIAK- kan diri dengan gebang dan tayang RESULT !!

So, UP lah testimoni selalu. 2-3 kali seminggu. Cuma tayangkan result dalam pelbagai cara – screen shot wasap, foto, video, fb live, storytelling. Apa-apa jelah.

Cara lain nak meriakkan kejayaan adalah show off sikit kereta besar, rumah besar, tunjuk gambar team perang, tunjukkan reward-reward yang anda berikan kepada top team anda.

Cara ini tak bagus untuk kesihatan kerna #RIAK ini akan makan diri sendiri. Ianya perlu digunakan dengan bersulam istigfar, solat taubat dan ingat Allah selalu.

#ResultMatters !!

3. GANDAKAN KEJAYAAN

Jangan cepat puas hati dengan result sekarang. Pastikan anda sentiasa gandakan kejayaan. Contoh, kalau tahun lepas buat sales 1K sehari, tahun ini kena lah buat sales 3K sehari. Gitewwww.

4. PASTIKAN LAYAN SAKIT HATI SEKEJAP SAHAJA

Jangan tertipu dengan haters. Mereka wujud untuk jatuhkan semangat bisnes anda. Mereka wujud untuk hancurkan hati rapuh anda. Mereka wujud untuk halang kejayaan anda. Mereka wujud agar anda lambat kaya dan lambat settlekan hutang anda.

Bila kena sesuatu dengan haters tu, layanlah perasaan sekejap. Kita ni bukan robot takde perasaan. Kalau nak nangis pun, nangis bengkak mata sehari dua jelah. Cuma… jangan lah lama-lama sangat. Buang masa dik. Jangan bagi haters tepuk tangan sambil menari tongga nak celebrate kejatuhan anda.

Kalau boleh. Jangan tayang kat FB yang anda sedang murung bersedih. Berlakon macam everything is okay and fine. Kesat air mata tu. Dah.. gi teruskan buat duit.

5. JALAN TERUS MEROKET KE MARIKH

Perkara paling penting, kau kena jalan terus besarkan EMPAYAR BISNES. Besarkan team. Besarkan sales. Pergi upgrade ilmu baru. Pergi cari mentor bisnes. Pergi cari circle bisnes yang positif. Tambah syarikat jika perlu. Kau kena FOKUS 2000% pada bisnes sendiri. Go go go, be a millionaire.

SEMOGA BERMANFAAT

🧡IZZAH THESECOND

#ProjectCeo #Infiniti7

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s