5 RAHSIA TAWAN HATI PELANGGAN

Ramai peniaga runsing bila customer tiba-tiba senyap kan? Follow up customer memang tak mudah. Siap ada yang tersentap dengan reaksi customer sebelum ni.

Nak belajar cara tawan hati customer semula?Ikut langkah ni.

#Pertama: KENALKAN DIRI

Ramai gelojoh nak follow up tapi lupa nak kenalkan diri. Mukadimah tak perlu panjang panjang. Cukup kenalkan nama dan jual ape. Sekadar nak remind customer je. Letak ikon smiley tu bebanyak pun takpe menunjukkan kita peramah.

Penting ke kenalkan diri? Yes! Tersangatlah penting. Customer tak suka penjual desak mereka bayar cepat. Ikat hati mereka dengan bahasa yang manis-manis.

#Kedua: KOREK MASALAH

Tanya ape masalah kat customer samaada dah selesai ke belum. ( kena tahu dulu kenapa dia tak terus buat keputusan untuk beli ).

Kadang-Kadang mereka belum yakin, atau tak sempat pegi bank sebab keje banyak lah, anak sakit perut lah. Mungkin cara kita tanya masalah dia boleh buat dia ingat untuk buat payment semula.

#Ketiga : KONGSI KELEBIHAN

Bila dah kenalpasti, kongsi sikit kelebihan dan cara nak selesaikan masalah mereka. Bagi solution. Ehem! Kat sini bukan terus menjual ya.

#Keempat: BAGI OFFER (tawaran).

Cipta offer yang boleh buat customer tak sanggup nak tolak. Contoh, bagi diskaun atau bagi hadiah terhad untuk tempoh tertentu.

Bagitahu customer kalau dia buat payment dalam waktu tertentu (hari yang sama ) dia akan dapat offer runtuh terhad untuk hari ni sahaja.

#Kelima: JANGAN MALU MINTA BAYARAN

Selalunya part ni ramai yang stuck. Walaupun customer dah hampir setuju. Jangan rasa bersalah nak minta customer bayar. Kita bukan buat salah pun.

Cara yang lebih berkesan, minta maklumat customer seperti nama, alamat & nombor telefon untuk kita emailkan invois. So, bila dah ada invois customer rasa terjamin . Dan dalam invois tu dah siap-siap ada maklumat bank kita. Lepas email invois inform semula pada customer sebagai reminder yang dia perlu buat bayaran. InshaAllah 90% dah close tu.

Proses follow up ni makan masa. Tapi, bila kita rajin buat, Hasil memang sangat BEST.

Izzah cadangkan, sebelum nak follow up buat skrip siap siap. Baru lah kita tak terlepas pandang rezeki depan mata. Setuju?

Banyak nya ilmu hari ni kan?

Jangan lupa SHARE untuk kongsi tips best ni dengan kawan-kawan ya.

#ProjectCEO #Geng5Angka #Infiniti7

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s