POPULARITI

#7_Rahsia_Orang_Bisnes_Tingkatkan_Populariti_Di_Media_Sosial

Bila bercakap pasal populariti tentang bisnes ni, masing masing ada pendapat. Ada yang kata buat bisnes tak perlu nak popular pun. Ada yang kata popular tu penting untuk kita cipta “trust” pada bakal customer.

Ikut masing-masing punya matlamat lah ye. Yang penting sale masuk kaching-kaching!

Ok, ni nak share tips bina populariti bisnes di media sosial.

#Pertama: CIPTA AKAUN FACEBOOK.

Sure anda dah ada akaun facebook kan? Kalau tak, macam mana boleh baca tips saya ni . Hihi. Ok, akaun facebook ni boleh jadi rujukan bakal customer kita. Customer dah pandai. Dia nak beli produk kita pun dia tanya “ada facebook”?

Di facebook wall, kita kena hias cantik-cantik facebook kita dengan ayat-ayat menarik tertarik. Jangan semakkan dengan video atau gambar yang tak sepatutnya.

Selain akaun personal di FB, orang bisnes boleh cipta facebook page. Yang ni lagi best. Nak cepat orang kenal produk atau bisnes kita, kita bayar je kat facebook. Tapi kena ada bajet lah ye.

#Kedua: CIPTA BLOG

Sepatutnya cipta blog dulu baru cipta Facebook. Tapi orang sekarang lebih suka cipta akaun facebook dulu baru cipta blog. Its ok. Mana-mana pun boleh.

Gunakan sistem blog seperti blogspot, wordpress untuk menulis setiap hari secara percuma. Tulislah sampai puas perkara yang boleh beri manfaat disitu.

#Ketiga : CIPTA INSTAGRAM

Rugilah kalau ada facebook, blog tapi tak ada akaun instagram. Sebab instagram pun channel yang free. Ramai founder produk cipta populariti di instagram sebelum di facebook.

Instagram ni best sebab kita boleh share gambar dan penggunaan hashtag tu sangat membantu.

Ramai jugak yang post gambar #ootd di instagram sebenarnya. Dan disebabkan gaya seseorang tu, menjadikan dia menjadi sangat popular di channel tersebut.

#Keempat: BERNETWORKING DENGAN ORANG POPULAR

Dulu-dulu kalau nak promot produk mesti nak guna artis yang dah popular. Tapi, nak guna artis bajet bukan sikit-sikit. Manalah kita mampu kan.

Namun, zaman sekarang tak perlu guna artis lagi. Kita boleh jer berkawan atau bernetworking dengan orang yang dah sedia popular dalam dunia bisnes. Ada ramai yang cipta populariti bisnes dari bawah dan nama mereka betul-betul gah dikalangan orang bisnes.

Bonus kalau dapat bekerjasama dengan mereka. Gunakan kaedah “win-win situation”. Kena pandai pilih orang bisnes yang sanggup bekerjasama dengan bisnes kita.

#Kelima: POST VIDEO DI YOUTUBE

Selain dari membaca, orang Malaysia suka jugak tengok video di media sosial. Ramai selebriti asalnya suka-suka upload video kat youtube. Tapi akhirnya bertukar jadi viral. Bila dah viral, ape lagi. Nama kita pun naik mendadak.

Tapi, pastikan kita post video yang bermanfaat. Bukan video yang bukan-bukan. Yelah, kita nak dikenali dengan cerita yang best-best di mulut orang kan. So, selain bina populariti pastikan seiring dengan kredibiliti.

#Keenam: KONSISTEN

Nak cipta populariti bukan ambil 1-2 hari. Jadinya, kita kena usaha berterusan. Dalam bisnes atau apepun yang kita usahakan, pastikan ianya berlaku secara konsisten. Kalau lemau sekejap tu normal lah. Tapi, mesti bangkit cepat-cepat.

#Ketujuh: JADI PALING UNIK

Saya bagi clue sikit je. Dato Sri Vida & Dato Alif Syukri. Diorang tu unik tak? Hihi.

Tak perlu jadi macam diorang berdua tu pun. Kita sendiri kena cipta kelainan dari orang lain. Benda ni sangat susah nak jumpa. Sampai masa kita akan tahu ape uniknya kita atau produk kita.

Yang paling penting, tak ada satu “magik” pun nak jadi popular di media sosial. Tak ada jalan short-cut. Semua atas usaha.

Dah glamour jangan lupa diri sudah ler.

#IzzahThesecond #Infiniti7

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s