ENAM ( 6 ) SIKAP MEMBUNUH USAHAWAN

Kadang-kadang yang membunuh kita sebagai usahawan bukan orang lain, tetapi diri sendiri. Mungkin kita tidak sedar, dalam senyap kita mematikan karektor bisnes sendiri.

1. Terlalu banyak cakap.

Kita bercakap bila perlu, pelanggan bosan mendengar bebelan kita terlalu panjang. Kadang-kadang kerana kita terlalu “syok” bercakap, kita terlepas pandang untuk bertanya apakah sebenarnya yang pelanggan mahu, apakah keperluan mereka. Belajar cara komunikasi berkesan. Belajar bagaimana mahu urut ego pelanggan dengan perkataan.

2. Tidak mengenal produk atau servis.

Amat malang sekali sekiranya kita pemilik bisnes tidak faham secara menyeluruh apa yang kita tawarkan kepada pelanggan. Ambil tahu apa yang kita jual dan offer kepada pelanggan.

Kebanyakan usahawan sejati yang saya pernah jumpa, mereka sangat sebati dengan bisnes yang dilakukan. Mereka tahu dengan terang dan jelas dalam setiap sudut produk dan servis yang ditawarkan. Kredibiliti mereka yang menguasai ilmu dalam bidang masing-masing begitu baik sekali.

3. Malas melakukan prospecting.

Propecting adalah skill penting dalam pemasaran. Sikap malas melakukan prospecting akan membunuh kita perlahan-lahan. Rancang sendiri proses prospecting mengikut cara dan waktu yang kita selesa.

Proses ini menjamin bisnes kita akan terus berkembang. Sekarang prospecting boleh dilakukan dengan lebih mudah, samada secara online maupun offline. Pilih saja yang mana kita lebih suka, yang penting jangan pernas berhenti untuk melakukan prospecting.

4. Memburukkan bisnes orang lain.

Inilah yang sering berlaku, seronoknya apabila berbicara pasal orang lain sehingga kadang termengumpat dan terkutuk di sana sini.

Sebenarnya orang yang suka bercerita tentang keburukan orang lain sedang membuka aib diri sendiri, mereka perlahan-lahan menunjukkan sikap sebenar dan menjatuhkan kredibiliti diri.

Fokus sahaja kepada bisnes sendiri, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dimajukan.

5. Kurang kemahiran berkomunikasi.

Bercakap dengan jelas, bercakap dengan yakin, bercakap bila perlu. Komunikasi yang baik dan berkesan adalah asas penting untuk perkembangan setiap usahawan.

Saat kita melakukan ‘presentation’ tentang produk atau servis yang ditawarkan, pelanggan mendengar dan memerhati dengan teliti apa sahaja yang kita lontarkan. Sekiranya kita gagal menguasai komunikasi berkesan, kita mungkin gagal mempengaruhi dan memikat pelanggan.

Belajar memperbaiki komunikasi setiap hari. Praktis selalu untuk bercakap tenang, yakin dan menarik perhatian.

6. Cepat berasa puas dan selesa.

Ada satu cerita, seekor katak melompat-lompat di dalam rumah mencari air kerana mahu sejuk berendam. Akhirnya puas riang kerana dapat melompat masuk ke dalam bekas berisi air.

Kerana terlalu selesa dan gembira, si katak tidak sedar sedang berendam di dalam periuk air yang sedang dimasak. Kasihan, terus mati perlahan-lahan.

Sehebat mana pun pencapaian kita, lupakan sahaja kisah semalam. Setiap hari adalah cabaran baru dan rekod baru. Cabar diri untuk buat lebih baik setiap hari.

Semoga bermanfaat ya.

Kalau suka boleh share.

#ProjectCEO #Geng5Angka #IamNinjaFighter

izzahthe2nd.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s