NASIHAT DARI FOUNDER AIRASIA

#NASIHATPENTING DARI PENGALAMAN BERHARGA DATUK KAMARUDIN MERANUN, EXECUTIVE CHAIRMAN OF AIRASIA & PENGASAS BERSAMA AIRASIA YANG PERNAH KERUGIAN HAMPIR RM800 JUTA ($250 JUTA) PADA TAHUN 1998 AKIBAT KRISIS EKONOMI.

“Kepercayaan dan falsafah hidup saya ialah, “Tiada Kegagalan Di Dalam Sebuah Kehidupan,”. Kegagalan akan ada hanyalah apabila kita sudah meninggal dunia dan kita tiada peluang untuk mengatasinya. Selain dari itu, ia semua hanyalah CABARAN.

Dan ingat, Allah Taala dah kata, “Dia tidak akan menguji hambanya atas sesuatu yang kita tak mampu atasi.” Jika kita beramal dengan firman itu, kita akan selalu berbaik sangka ujian yang diturunkan Allah. InsyaAllah.” – Datuk Kamarudin Meranun, Pengasas Bersama AirAsia & Pengerusi AirAsia Berhad

Hari ini, mengikut laman Forbes, Datuk Kamarudin Meranun dinobatkan sebagai individu yang ke-38 terkaya di Malaysia dengan asset bernilai hampir RM1 billion. Sekaligus menjadikan beliau sebagai orang Melayu ke 7 terkaya di Malaysia.

Sebelum ini mungkin kita hanya mengenali Tan Sri Tony Fernandes apabila dikaitkan dengan kejayaan AirAsia. Datuk Kamarudin Meranun merupakan wira yang tak didendang (unsung hero) dibelakang kejayaan luar biasa AirAsia.

Kejayaan beliau hari ini bukan satu perjalanan yang mudah. Ditambah lagi dengan dugaan yang beliau terpaksa hadapi akibat kerugian hampir RM800 juta pada tahun 1997 akibat krisis ekonomi negara.

Sekarang Dato Kamaruddin dan partner Tan Sri Tony Fernandes berjaya membangunkan AirAsia dengan nilai belian RM1 serta bebanan hutang RM40 juta pada tahun 2001, sehingga AirAsia berjaya mendominasi sebagai syarikat penerbangan tambang murah no. 1 dunia. Dari 2 pesawat dan 254 kakitangan sehingga saat sekarang memiliki kakitangan lebih 20,000 orang dari serata dunia, 210 pesawat (300 pesawat dalam tempahan yang mana nilai setiap pesawat bernilai hampir RM100 juta) dan menerbangkan lebih 400 juta penumpang sejak AirAsia diambil alih pada tahun 2001.

#ProjectCEO #Geng5Angka #IamNinjaFighter

izzahthe2nd.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s